Udang Galah Kuala Rompin
Akhirnya, merasa juga aku makan udang galah. Nak menitis rasanya air mata jantan bila dah tua bangka, baru dapat rasa. Sebab ini kali pertama, aku pilih tempat terbaik untuk menikmati udang galah iaitu Kuala Rompin. Ikut kata orang, udang galah di sini rasanya lebih manis, kepalanya lebih berlemak.
Ada 2 sebab yang buat aku rasa nak menangis tu sebenarnya. Pertama, sebab harganya aduh, aduh, aduh. Bikin koyak aku punya dompet. 2 ekor udang galah saiz paling besar, siap masak untuk 2 orang, harganya RM73. Menggeletar juga tangan nak bayar sebab udang galah ni kepalanya sahaja yang buat berat. Jadi bila dah mahal macam tu, aku pastikan segenap isi dan urat udang ni aku sedut sehingga ke titisan terakhir.
Sebab kedua, rasanya sedap sangat. Aku minta akak tu buat udang galah masak sambal petai. Nak minta masak lain pun boleh. Namun aku tak rasa sedapnya lauk tu kerana ada udang galah di dalamnya. Tapi memang sebab akak tu pandai masak. Kalau dia letak udang biasa hatta tiada udang sekali pun, memang akan sedap.
Jadi berdasarkan pengalaman pertama aku makan udang galah ni, rasanya ia agak "overrated". Tak banyak beza sangat pun dengan rasa udang-udang biasa yang kita mudah jumpa di pasar basah yang harganya jauh lebih murah. Bahkan kalau ada udang biasa yang dihidangkan dalam bentuk kisar, dan orang kata itu udang galah, memang aku akan percaya bulat-bulat.Ada 2 sebab yang buat aku rasa nak menangis tu sebenarnya. Pertama, sebab harganya aduh, aduh, aduh. Bikin koyak aku punya dompet. 2 ekor udang galah saiz paling besar, siap masak untuk 2 orang, harganya RM73. Menggeletar juga tangan nak bayar sebab udang galah ni kepalanya sahaja yang buat berat. Jadi bila dah mahal macam tu, aku pastikan segenap isi dan urat udang ni aku sedut sehingga ke titisan terakhir.
Sebab kedua, rasanya sedap sangat. Aku minta akak tu buat udang galah masak sambal petai. Nak minta masak lain pun boleh. Namun aku tak rasa sedapnya lauk tu kerana ada udang galah di dalamnya. Tapi memang sebab akak tu pandai masak. Kalau dia letak udang biasa hatta tiada udang sekali pun, memang akan sedap.
Inilah dia Udang Galah Masak Sambal Petai. Nasi agak sikit. Terpaksa kena order sepinggan nasi lagi.
Tempat aku makan tu namanya Gerai Makan Azizah; agak popular di kalangan geng motor besar yang suka konvoi jauh-jauh. Jangan lupa tanya dulu harga udang galah sebelum ambil order. Nanti tak pasal-pasal kena cuci pinggan!
// Roman Jalanan © 2016
---
POS ASAL:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=828310533942045&set=a.111608522278920.13631.100002893189501&type=3
Udang Galah Kuala Rompin
Reviewed by Reazal
on
8:46:00 PM
Rating:
No comments: