Jeti Bandar Lama Kuala Rompin
Kematian Bandar Lama Kuala Rompin bermula setelah perlombongan bijih besi di Bukit Ibam oleh Syarikat Rompinco ditutup. Kemudian ia dikerandakan setelah jeti utama yang menjadi pusat perikanan daerah Rompin suatu masa dahulu, berpindah ke Tanjung Gemuk di Endau.
Waktu aku datang, Jeti Bandar Lama macam sudah diberi nafas baru; tak seperti dalam gambar yang aku pernah tengok yang membuktikan kedaifannya. Namun bot-bot rosak masih ada lagi terdampar kaku menjadi syiar kematian tempat ini.
Begitulah bagaimana sebuah pekan mati terjadi apabila industri utamanya tidak lagi rancak. Contohnya di Detroit, USA, sebuah bandar hebat dengan industri kereta akhirnya beransur-ansur mati akibat persaingan sengit di peringkat global. Hari ini, dikatakan ada lebih 70,000 bangunan tinggal dan 31,000 rumah kosong di sana.
Mungkinkah akan wujudnya pekan mati yang betul-betul mati di negara kita? Mungkin boleh berlaku, sebagai contoh apabila muncul teknologi baru yang jauh lebih murah menggantikan fungsi minyak kelapa sawit. Atau pun ada negara lain yang mampu menjual hasil sawit pada harga yang lebih murah berbanding Malaysia.
Sekiranya ini terjadi, apa agaknya akan berlaku kepada kita selaku pengeluar minyak sawit terbesar dunia?
Nasib apa yang akan menimpa kampung-kampung Felda yang majoritinya jauh tersorok ke dalam, sehingga ada yang sampai berbelas-belas kilometer jaraknya dari jalan utama? Apakah mungkin untuk anak-anak muda terus kekal di situ setelah tiada apa lagi yang mereka boleh usahakan?
Begitulah adanya untuk kita fikir-fikirkan.
// Roman Jalanan © 2016
---
POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/824810690958696

Antara bot-bot rosak yang tersadai. Bot yang jauh sikit tu sebenarnya kita boleh pergi kalau air tak pasang.
Agak tinggi bot ni sebenarnya. Payah juga nak panjat.
Bot rosak yang semakin mereput dan ditumbuhi pokok kecil.
Satu lagi bot rosak.
Berdekatan dengan jeti lama, ada sekumpulan remaja lelaki main terjun tiruk. Masa akan menentukan sama ada mereka akan kekal di sini atau pun keluar berhijrah.
Selamat tinggal Jeti Lama Kuala Rompin. Di sini bukan tempat tarikan pelancong, maka tak ada aktiviti orang jual makanan dan jajan.
// Roman Jalanan © 2016
---
POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/824810690958696
Jeti Bandar Lama Kuala Rompin
Reviewed by Reazal
on
6:28:00 PM
Rating:
No comments: