Dari Hakone Kita Pulang

Jadi inilah entri tertangguh 2 tahun. Agak-agak boleh jadi Raja #Throwback paling tegar di Malaysia tak?

 Apa pun, masih lagi di Hakone. Lepas ni kita patah balik ke negara sendiri. Ada banyak lagi tempat lain yang tertangguh lama. Stress pula rasa simpan lama-lama ni 😅🤣

Tasik Ashi sewaktu senja. Nak lepak-lepak di sini sampai waktu senja kena beringat. Rupa-rupanya bas selepas 7 malam banyak yang sudah tak beroperasi. Aduhai, beratur panjang dah macam setengah padang bola jaraknya. Nasib baik dapat juga naik bas!

Dapatlah juga tengok tempat ni waktu malam gara-gara tersadai seketika menunggu bas tiba. Aku bagi amaran sekali lagi: Bas sangat kurang di Hakone pada waktu malam walaupun pengunjungnya masih ramai.

Esoknya di Stesen Gora. Tak sangka pula sepanjang hari kedua di Hakone hujan. Dah hujan ni apa pun tak boleh buat sangat melainkan mereput di sekitar kawasan stesen sementara menunggu keretapi pulang ke Shibuya.

Tinggal di Hakone Tent. Tak jauh dari Stesen Gora. Hostel yang agak hipster.

Masih lagi di Stesen Gora. Perasan tak kon jalan tu sangat tinggi?

Arah kita sama, tetapi destinasi kita berbeza. Dari Gora ke Hakone-Yumoto. Tapi baik-baik sikit, konduktor tu suka skodeng orang main telefon :D

Keretapi bukit dari Gora ke Hakone-Yumoto ni akan bertukar arah sebanyak 3 kali. Jadi setiap kali sebelum bertukar arah, konduktor kena lah tukar posisi dulu dari kepala gerabak depan ke belakang.

Hakone ini sebenarnya kawasan bukit tinggi. Nah tengok kabus hujannya.

Inilah rupa keretapi bukit yang membelah cerun dan rintangan di telusuran Gora - Hakone-Yumoto. Cantik! Dalamannya tidak moden; masih lagi klasik dengan kipas angin kecil tergantung di siling. Keretapi bukit ni sedang menghampiri Stesen Hakone-Yumoto.

Okay, jumpa lagi episod akan datang. Kisah Tokyo & Hakone tamatlah sudah.


// Roman Jalanan © 2019
---

POS ASAL
https://www.facebook.com/reazalx/posts/1754347904671632
Dari Hakone Kita Pulang Dari Hakone Kita Pulang Reviewed by Reazal on 12:56:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.