Bandar Diraja Kuala Kangsar
Dalam banyak-banyak tempat yang pernah kaki ni jejak di Perak, Kuala Kangsar adalah tempat paling tenang, bersih dan cantik. Lagi bersih dan cantik dari Melaka. Memang sesuai dengan jolokan Bandar Diraja Perak. Tak macam Bandar Diraja Selangor di Klang yang kadang-kadang buat aku rasa macam di Dhaka dan Jakarta.
Terasa macam nak menghabis sisa-sisa hari tua di sini pula.
Antara sekolah tertua di Malaysia yang telah melahirkan ramai juga golongan elit. Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim adalah contoh alumni sekolah ni yang pasti semua orang kenal. Motto sekolah ni agak menarik: "Fiat Sapientia Virtus". Bermaksud, "Biar Kejantanan Datang Dari Kebijaksanaan".
// Roman Jalanan © 2015
---
POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/746715662101533
Terasa macam nak menghabis sisa-sisa hari tua di sini pula.
Malay College Kuala Kangsar.
Papan tanda BERHENTI paling unik ada di depan sekolah ni sebab tiangnya dipasang tak simetri.
Rumah tinggal yang semakin usang.
Ada 2 rumah tinggal tradisional yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. Sempat juga bertanya kepada Pakcik Muhammad, iaitu jiran kepada 2 rumah tak berpenghuni itu.
Katanya, rumah dalam gambar ni, adalah milik seorang kerabat Diraja. Terbiar usang kerana waris cucu-cicitnya dah berhijrah. Pernah ada satu orang kaya Penang hendak beli rumah ni. Maksud hendak "beli" ialah dia nak buka dan leraikan rumah ni satu-satu, kemudian bawa naik lori pergi Penang, dan pasang semula di sana. Namun, waris rumah ni tak membenarkannya.
Muzium Diraja tidak rasmi.
Jadi rumah ini pun dibiarkan usang begitu saja. Tingkat bawah dijadikan "muzium" yang mempamerkan keratan akhbar berkaitan kerabat Diraja Perak. Tingkat atas tak boleh naik sebab dah mereput.
Rumah tinggal yang ini pula terletak di belakang rumah yang tadi.
Rumah bercat putih dan hitam ini tak nampak begitu nazak seperti yang tadi. Tapi nasibnya tetap sama; anak-anak dan cucu-cicit pemilik rumah ni semua dah berhijrah.
Meor Ahmad Samsudin nama tuannya.
Di sebelah pintu masuk rumah ni terlekat satu tanda nama yang memberitahu kita bahawa rumah ini dahulunya kepunyaan "Meor Ahmad Samsudin". Susur-galur "Meor" wujud apabila ibu bernama Sharifah (keturunan Nabi Muhammad) berkahwin dengan lelaki yang bukan dari keturunan Nabi Muhammad juga (maksudnya lelaki tu tak bernama Syed).
Kereta buruk warna merah di sebelah rumah Encik Meor.
Inilah dia Masjid Ubudiah yang letaknya betul-betul bersebelahan dengan dua rumah tinggal tu. Antara masjid tercantik di negara kita yang selalu jadi model dalam siaran azan.
Istana Kenangan yang letaknya tak jauh dari Masjid Ubudiah.
Istana ni dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku logam. Masa aku pergi, tak boleh masuk sebab ada kerja pembaikan. Ada juga orang panggil ni Istana Adabi sebab reka-bentuk macam logo Adabi yang kita guna untuk masak tu. Tapi bila aku tanya orang tempatan arah ke Istana Adabi ni, terpinga-pinga pula mereka. Aikk?
// Roman Jalanan © 2015
---
POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/746715662101533
Bandar Diraja Kuala Kangsar
Reviewed by Reazal
on
3:00:00 PM
Rating:
No comments: