Jambatan Keretapi Tertua di Malaysia

Perkenalkan, jambatan keretapi tertua di Malaysia yang terletak di Karai, Perak. Jambatan yang terletak di daerah Kuala Kangsar ini mula dibina pada 1897 dan ia merentasi Sungai Perak. Tetapi kini ia sudah tak digunakan lagi.

Rupanya macam Jambatan River Kwai di Thailand.

Laluan sikal tak boleh digunakan serentak. Kalau dari jauh dah nampak ada orang lain sedang lalu, maka salah seorang perlu beralah. 

Tak berapa pasti apa fungsi dinding dan tingkap gerbang ni sewaktu era kegemilangannya. Binaan ni ada di kedua-dua hujung jambatan. 

Gaya Duduk-atas-landasan-keretapi-sambil-kaki-terjulur-ke-bawah hanya boleh dilakukan kerana bawahnya rompong. Kalau tak berwaspada, boleh terjatuh ke bawah. Yang gayat tak digalakkan melintas sebab jambatan ni agak tinggi. 

Salam perantau dari Karai!

Victoria Bridge. Sebenarnya lebih tepat dikatakan di Karai, tapi takut orang tak tahu pula. Lokasinya dalam 11KM dari Bandar Kuala Kangsar. Kelihatan di sebelah kirinya jambatan konkrit moden yang mengambil-alih fungsi jambatan lama. 

Tempat yang bagus untuk sesi fotografi. Aku datang dalam 10 pagi hari Sabtu. Tak ramai orang lagi, mungkin petang agak ramai. 

Maka datanglah awal pagi kalau nak ber-photoshoot. 

Agak berketibas (ketiak basah) juga nak jalan dari hujung ke hujung, lepas tu patah balik. Fuh.

Rumah kedai lama di Pekan Karai. Rekabentuk tipikal tinggalan kolonial seperti di Bandar Taiping. Kalau dari Kuala Kangsar, kita pasti akan melalui pekan ni untuk ke Victoria Bridge. 

Perjalanan balik menuju ke Kuala Kangsar, boleh cuba Laksa Pokok Limau yang menampilkan telur goreng dalam menunya. Kedai ini jual laksa sahaja. Tiada nasi campur dan goreng-goreng.

// Roman Jalanan © 2015
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/744827268957039
Jambatan Keretapi Tertua di Malaysia Jambatan Keretapi Tertua di Malaysia Reviewed by Reazal on 4:00:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.