Kilang Kayu Arang di Kuala Sepetang

Kuala Sepetang yang letaknya tidak jauh dari Taiping, adalah sebuah perkampungan nelayan yang didominasi oleh masyarakat Cina.

Yang menariknya di Kuala Sepetang, ada satu kawasan didominasi oleh rantaian kilang membuat arang kayu. Aku rasa sebab di kawasan ni ada banyak pokok kayu bakau. Siap ada Hutan Simpan paya bakau tak jauh dari kilang-kilang ni.

Zaman sekarang orang tak guna arang kayu untuk masak di dapur. Tapi untuk BBQ, kayu arang jugalah yang kita cari.

Bila tempatnya tak berapa jauh dari Taiping sebagai tempat yang menerima paling banyak hujan di Malaysia, maka biasalah. Selalu hujan.

Pintu masuk kilang bahagian sisi. 

Di hadapan relau pembakaran. Bahangnya masih terasa walaupun api dah padam. Boleh jenguk-jenguk 

Nyamuk aedes boleh tahan mengamuknya di sini. 

Kayu bakau yang disusun kemas di luar kilang.

Kayu arang disusun menegak supaya mudah kering. Potongannya ada yang agak panjang sampai lagi tinggi dari orang.

Ole-ole kayu arang pokok bakau. Letak dalam bilik, boleh menyerap bau masam. Tapi aku cuma beli cuka kayu yang terhasil dari pembakaran pokok bakau. Cuka kayu warnanya macam air teh; baunya macam baju yang kena asap kayu. Boleh jadi ubat gatal, ubat luka, halau nyamuk, dan macam-macam lagi. 

// Roman Jalanan © 2015
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/750341391738960
Kilang Kayu Arang di Kuala Sepetang Kilang Kayu Arang di Kuala Sepetang Reviewed by Reazal on 3:00:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    ReplyDelete
  2. Hican u give details arang for export

    ReplyDelete

Powered by Blogger.