Tempat Menarik di Taiping

"Berkereta-pack" di Taiping cuma 2 hari 1 malam sahaja. Jadi tak sempat nak tinggal banyak jejak di tempat paling banyak menerima hujan di Malaysia ni. Padahal banyak lagi tempat menarik yang tak sempat singgah betul-betul macam Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping dan Burmese Pool.

Taman Tasik Taiping. Besar rupanya tempat ni. Ingatkan sekangkang kera yang boleh dijelajah dalam 1 jam! Zoo Taiping terletak di dalam taman ini.

134 tahun umur Menara Jam ni. Terletak di tengah-tengah Bandar Taiping.

Di dalam perut muzium tertua di negara kita, Muzium Perak. Muzium ni tak berapa besar. Cukup dalam 30 minit nak tengok semua. Dan bangunan muzium ni cantik. 

Kebetulan waktu tu Muzium Perak ada pameran anak patung dari seluruh dunia. Dan ini anak patung yang agak puaka renungan matanya.

Taiping War Cemetery. Pasti akan lalu tempat ini bila menuju ke Bukit Larut. Ada lebih 850 askar yang terkorban pada Perang Dunia Ke-2 bersemadi di sini.

Bahagian tempat perkuburan Islam. Perkuburan Kristian terletak bertentangan. 

Penjara Taiping. Tak boleh suka-suka lawat. Kena buat jahat baru boleh lawat. 

Jumpa lagi Taiping. Banyak lagi tempat tak sempat jejak! 

// Roman Jalanan © 2015
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/754255948014171
Tempat Menarik di Taiping Tempat Menarik di Taiping Reviewed by Reazal on 5:45:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.