Tokyo DisneySea - Bahagian 1

Mengalami konflik dalaman juga nak masuk mana satu: Tokyo Disneyland atau Tokyo DisneySea? Kalau banyak masa dan duit, boleh beli 2-Day Passport. Nanti boleh masuk kedua-dua taman 2 hari berturut-turut.

Kaji punya kaji, ramai cakap DisneySea lebih cantik dan hanya ada di Tokyo sahaja. Tempat lain tak ada DisneySea. Tapi Disneyland ada di banyak tempat. Paling dekat selain Tokyo, ada di Hong Kong dan Shanghai.

Jadi aku pun pilihlah DisneySea. Bila dah masuk dalam, sumpah rasa nak menangis sebab cantik sangat. Tu belum tengok malam lagi macam mana.

Cantik satu hal; satu lagi aku perhatikan DisneySea dibina dengan “attention to details” tahap dewa. Contoh masa naik bot dalam Sindbad’s Storybook Voyage, tiba-tiba lalu di sebelah timbunan pisang plastik yang aku rasa kalau tak ada di situ pun, tak apa.

Tapi lalu je sebelah, boleh bau pisang masak ranum!

DisneySea Plaza. Boleh jumpa sejurus selepas pintu masuk. Budak tu comel je main panjat-panjat.

"Gunung Berapi" tu adalah mercu utama DisneySea. Terletak betul-betul di kawasan pusat taman tema. 

Pastikan ambil peta DisneySea sebab tempat ni luas sangat.

Aku rasa orang besar lagi gembira sakan dalam ni. Aku pun sama!

Kalau banyak duit, boleh menginap di Hotel MiraCosta di belakang tu. Nak dekat RM2000 satu malam. Bila DisneySea dah nak tutup waktu malam, ada pekerja hotel melambai-lambai dari tingkap mengiringi kita pulang.

Di tingkap kafe di kawasan Arabian Coast.

Tu bukan masjid. Tapi tempat tinggal Aladdin dan rakan-rakan.

Perarakan muzikal. Pekerja DisneySea sangat rajin tersenyum dan sangat ramah. Sampai aku naik penat tengok mereka ni senyum.

Mermaid Lagoon. Tempat tinggal Ariel si Ikan Duyung. Sangat cantik, macam dalam lukisan.

Tema rekabentuk tempat minum air ni adalah ikut kawasan. Sebab ini di kawasan Mermaid Lagoon, rekaan dia pun ikut tema yang sepadan. Satu lagi contoh "attention to details".

Suasana dalaman Mermaid Lagoon adalah lebih magikal!

King Triton. Ayahanda kepada Ariel.

Main game kapal lanun di Mediterranean Harbour. Tapi sekali main kena 100 yen la pula. 

Itu dia Temple of the Crystal Skull. Di sini ada ride Indiana Jones. Tapi ramai sangat orang beratur. 

Lost River Delta. Kawasan runtuhan tamadun purba Amerika Tengah.

Kerja dia bagi lampu hijau bot boleh jalan ke tak.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/960531954053235
Tokyo DisneySea - Bahagian 1 Tokyo DisneySea - Bahagian 1 Reviewed by Reazal on 2:56:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.