Tokyo DisneySea - Bahagian 2

Suasana malam DisneySea lain macam sikit kalau dibanding dengan siangnya. Macam satu pengalaman ke dunia lain pula.

Waktu siang sudah sahih cantik. Bila malam menyapa, ibarat dara yang sudah sedia indah, disolek megah, lalu disarung busana mewah.

Sebab itu kedua-dua Disneyland dan DisneySea, ada tiket khas (After 6 Passport) untuk datang waktu malam sahaja. Harga pun lagi murah berbanding tiket 1 hari penuh.

Dan tempat ni tutup pukul 10 malam. Kira ada masa lah juga nak tawaf satu kawasan. Cuma tak akan sempatlah kalau nak naik banyak rides dalam 4 jam tu.

Satu tabik hormat kepada drebar bot sebelum kita naik bot dia.

Ni dekat-dekat dengan kawasan nak naik bot tu. Macam lukisan digital pun ada aku rasa.

Payah sikit nak tangkap gambar berdua sebab peraturannya haram bawa masuk tripod mahupun monopod. Jadi kena kreatif cari tempat letak kamera. Sebenarnya tak tahu pun tak boleh bawa masuk. Jadi terkantoilah di kaunter pemeriksaan beg. Mujurlah cik puan tu baik lepaskan sebab aku janji tak bentang tripod dalam tu.

Kalau ikut hukum filem Apocalypto, di sini tempat kasi potong itu kepala!

Gunung berapi itu walaupun statusnya tipu-tipu, tapi api yang keluar dari mulutnya tidaklah tipu.

Gambar dekat gunung berapi. Malam-malam lagi nampak cantik gunung ni sebab bermandi cahaya.

Panggil saya Ella. Cinder Ella.

Kasut kaca Cinderella. Kalau boleh pakai, nak je beli untuk orang rumah. Ewah.

Satu lagi tempat minum air yang mengikut tema kawasan. Yang ini tema Lost River Delta.

Di kawasan Mediterranean Harbour. Ingatkan poskad percuma ke, rupanya "User Guide" untuk kawasan ni.

Rasa-rasa ini kapal terbang siapa, dari filem apa?

Jarang jumpa benda berkaitan Mickey Mouse dalam DisneySea ni. Kalau di Disneyland rasanya lagi banyak gamaknya.

Sekali tengok macam Titanic, tapi bukan. Itu replika kapal laut S.S. Columbia.

 Ada restoran mewah dalam kapal tu yang kalau sekali duduk pun dah nak sama harga tiket masuk. Fuh, mengucap....

Disneyland dan DisneySea dijaringkan melalui Disney Resort Line; sebuah laluan monorel yang membuat pusingan 360 darjah. Monorel ni juga singgah di Stesen Maihama iaitu tempat ambil keretapi pulang ke pusat Tokyo. 

Suasana dalam Disney Monorail. Suka lah Chipmunk tu dapat ikut balik Malaysia! Bosan duduk Tokyo kata dia.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/969978086441955
Tokyo DisneySea - Bahagian 2 Tokyo DisneySea - Bahagian 2 Reviewed by Reazal on 12:50:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.