Festival Tulip Sakura

Pukul 7 pagi lagi dah keluar dari rumah tumpangan. Nak jalan jauh ke Sakura; sebuah pekan 60 km dari arah timur pusat Tokyo. Nah, satu lagi sebab kenapa perlu ke Tokyo pada bulan April. Hanya di bulan ini sahaja boleh jumpa sakura dan tulip. Serentak!

Masuk percuma pula tu. Gila!

Kalau naik keretapi dari Stesen Asakusa, dalam sejam juga nak sampai ke Stesen Keisei-Sakura. 3 minit sebelum sampai, boleh nampak festival ini di sebelah kiri landasan. Sampai sahaja di stesen tu, cadangnya nak sewa basikal ke festival. Tak jauh pun dalam 3.5 km. Tapi cuaca sejuk semacam pagi tu. Jadi kenalah naik bas transit yang tambangnya 100 yen sehala.

Sampai saja di sana, orang tak ramai langsung sebab aku pergi waktu hari berkerja. Kalau hari minggu khabarnya akan sesak, tapi lebih meriah dengan aktiviti dan persembahan.

Majoriti pada hari tu ramai orang Jepun yang datang. Di sini jumpa ramai sangat pakcik makcik berstatus warga emas. Suatu pemandangan yang sukar dilihat sewaktu di Tokyo.

Info lanjut Festival Tulip Sakura:
http://www.city.sakura.lg.jp.e.dj.hp.transer.com/0000000042.html

Pemandangan dari jendela “De Liefde”.

“De Liefde”, kincir angin setinggi 15.6 meter. Dibina di Netherland dan dipasang di Jepun. Simbol persahabatan dua negara.

Haip jangan petik!

Abang petik tak apa.

Kawasan tanaman tulip ni sangat luas. Boleh lawat kesemuanya kalau sanggup meredah sesetengah tempat yang becak. Aku nampak ada beberapa kasut boot Phua Chu Kang, tapi tak pastilah boleh pinjam ke tak.

Makcik ni aku rasa antara pekerja yang menjaga “kesihatan” tulip-tulip di sini.

Waktu aku datang, langit diselubung awan putih. Langsung tak nampak langit biru.

Yang pakai kimono biru tu, nama dia Kamuro-chan. Maskot Bandar Sakura.

Tulip putih. Banyak lagi yang belum berkembang habis.

Mana lagi nak jumpa sakura dan tulip berkembang serentak? Di Netherland pun belum tentu ada.

500 yen (~RM20) untuk 10 kuntum tulip. Makcik dan pakcik tu sangat baik dan peramah.

Festival ni terletak di tepi Tasik Inba. Tepi tasik ada banyak pokok sakura. Boleh hanami di sini. 

Aku. Dia. Sakura. Tulip. Dan kincir angin.

Ada parit kecil yang jernih mengelilingi kincir angin.

Nak naik tingkat atas kena buka kasut dan pakai selipar yang disediakan. Adik ni baru saja turun.

Di tingkat atas ada beberapa gambar kincir angin tergantung, termasuklah gambar “De Liefde” sendiri.

Gatekeeper kincir angin. Senyum dan masuk sahaja. Tak perlu bayar apa-apa.

Di sini ada kafe yang turut merangkap kedai cenderahati.

Ramai juga orang memancing di Tasik Inba. Tapi semuanya pakcik-pakcik berusia 50 tahun ke atas. 

Terima kasih. Kau adalah sebuah festival indah yang akan dikenang sepanjang hidup ini.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/946899548749809
Festival Tulip Sakura Festival Tulip Sakura Reviewed by Reazal on 1:12:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.