Line Friends Yang Kawaii

Sepanjang di Jepun, tak pernah sekali pun aku nampak orang-orang di sana bermesej guna Whatsapp, apatah lagi WeChat. Semuanya guna applikasi Line yang diasaskan di Jepun pada 2011. Hari ini, Line menguasai 94% pasaran Jepun.

Aku rasa kenapa rakyat Jepun lebih suka Line berbanding yang lain adalah kerana Line memiliki faktor "kawaii" atau pun kecomelan. Orang Jepun gemarkan sesuatu yang kawaii, baik lelaki atau perempuan, yang kecil mahu pun dewasa. Unsur kawaii ada di mana-mana di Jepun. Dari sekecil-kecil, hinggalah sebesar-besar benda seperti lukisan Pokemon di pesawat Boeing.

Namun tak sangka pula Line siap ada kedai. Terjumpanya sewaktu menyusuri kemeriahan Harajuku. Aku dan isteri memang pengguna setia Line. Jadi rasa macam nak melompat-lompat bila terjumpa kedai Line yang merupakan sebuah kedai cenderahati ni.

Masa mula-mula masuk, ingatkan tak boleh bergambar. Rupa-rupanya lagi digalakkan. Aku pun apa lagi!

Dari kiri: Edward Si Ulat, Leonard Si Katak, dan Cony Si Arnab.

Brown dan baju-bajunya. Brown adalah seekor beruang yang pendiam. Aku paling suka watak Brown. Haha.

Sally Si Anak Ayam di kiri sekali. Turut kelihatan Brown dan Cony. Brown ni sebenarnya sukakan Cony. Tapi aku tak pastilah Cony ni suka Brown ke tak.

Abang tak berniat pun nak buat "peace". Tapi si Moon ni yang suruh. Moon ni bila bosan, memang selalu kenakan kawan-kawan dia pun.

Line ada kartun animasi pendek "Line Town". Ada tayang di Malaysia. Ni aku rasa salah satu babak dari Line Town. Hah, boleh namakan tak semua watak-watak yang ada dalam gambar ni?


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/906981136074984
Line Friends Yang Kawaii Line Friends Yang Kawaii Reviewed by Reazal on 12:22:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.