Izuka & Menara Tinjau

Bila pergi ke negara yang mahal macam Jepun, perlu bijak cantas itu dan ini melainkan duit berkepuk-kepuk di bawah bantal lah! Jadi aku tak masuk pun mana-mana menara tinjau berbayar sebab agak mahal tiketnya. Cukup sekadar diintai dari luar sahaja.

Lagi pun menara tinjau yang boleh masuk percuma ada bersepah. Contohnya Bunkyo Civic Center. Dari sini, boleh nampak Tokyo Skytree yang merupakan bangunan tertinggi di Jepun. Kalau cuaca sangat baik, boleh nampak Gunung Fuji juga. Tapi waktu aku pergi, haram mereka menghilang sebab cuaca sangat berkabus.

Tapi tak sangka pula di sini aku terjumpa satu pemuda Jepun yang boleh faham sikit-sikit Bahasa Malaysia! Izuka namanya.

Hoi, nak cari yang boleh faham Bahasa Inggeris pun payah, ini tiba-tiba ada yang boleh faham Bahasa Malaysia. Dipendekkan cerita, dahulu waktu Izuka ni kecil, dia pernah tinggal di Indonesia.

Izuka ni sebenarnya mahasiswa Universiti Toyo yang sedang membuat survey berkaitan industri pelancongan. Jadi kiranya aku ni bahan ujikaji dia lah. 

Tokyo Tower. Bangunan kedua tertinggi di Jepun. Tiket masuk 900 yen (RM36) seorang untuk menara tinjau utama. 1600 yen untuk dua menara tinjau. Mahal oi!

Tokyo Skytree. Ini lagi sembelih kalau nak masuk. 2060 yen seorang untuk menara tinjau pertama. 3090 yen untuk kedua-dua menara tinjau. Dah sah aku tak masuk. Cukuplah bergambar dari Sumida Park.

Kabus tebal. Ni la sebab aku tak boleh nampak Tokyo Skytree dari Bunkyo Civic Center. Dari jarak dekat pun dah tak nampak, apa lagi dari jauh.

Kalau tengok gambar sebelumnya, ada perasan tak macam satu "tanduk" warna kuning? Inilah bendanya. Macam tahi pun ada rupanya. Tapi sebenarnya itu adalah "api". Api atau tahi ni? 


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/874073092699122
Izuka & Menara Tinjau Izuka & Menara Tinjau Reviewed by Reazal on 1:09:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.