KLCC Dari Kejauhan

Nah. Dua tempat terbaik kalau nak menghayati KLCC dari jauh. Boleh pergi 2 tempat ni sekaligus dalam sehari.

Pertama dekat Taman Tasik Titiwangsa. Taman rekreasi paling meriah di Malaysia. Boleh naik bot, tunggang kuda, ada litar drift kereta control dan macam-macam lagi. Buka sampai malam. Tapi aku cadangkan lepas Maghrib, boleh terus bergerak ke tempat kedua iaitu Bukit Ampang kira-kira 30 minit perjalanan.

Bukit Ampang ni dulunya ada satu lookout point rasmi. Tapi sekarang dah tutup sebab masalah tanah runtuh. Jadi sekarang di bahagian bawah sikit, ada banyak gerai-gerai makan yang dibuka di tepi jalan, betul-betul di kawasan lereng bukit.

Terowong Bunga.

Katanya di sini antara spot popular untuk melihat pertunjukan bunga api sempena Tahun Baru dan Hari Kebangsaan.

Tempat terbaik untuk melihat skyline Kuala Lumpur. Masa aku datang, ada nampak juga bunga api. Tapi nampak kecil ciput yang amat.

Gerai makan di sini harganya agak mahal sedikit berbanding tempat makan lain yang setaraf. Kalau nak duduk minum-minum sahaja pun boleh.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/803701396402959
KLCC Dari Kejauhan KLCC Dari Kejauhan Reviewed by Reazal on 5:37:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.