Barack Obama Singgah Mersing Ke?

Mersing. Katanya nama "Mersing" berasal dari "Amer Singh" yang merupakan bekas pesuruh Sultan Pahang berbangsa Punjabi. Sebelum jejak kaki di sini, mati-mati aku ingat suasana Mersing ni tenang-tenang sahaja. Tak terbayang langsung yang suasana di jalan utamanya pun sama menekan jiwa macam di KL.

Bayangkan, waktu pagi hari berkerja aku lalu di situ, siap ada TUJUH orang kombinasi polis biasa dan polis trafik mengawal lalulintas di bulatan berdekatan jalan yang merentas Sungai Mersing. Tapi tiada apa sangat pun mereka boleh buat selain tengok sahaja sebab memang tak boleh buat apa-apa melainkan kerajaan bina satu lagi jalan alternatif.

Aku pun musykil kenapa perlu ada sampai 7 orang polis berjaga di bulatan kecil sekangkang kera tu. Ini satu benda yang hampir tidak pernah dilihat hatta di kawasan paling sibuk di Kuala Lumpur. Apa yang pasti, aku perasan Mersing ni banyak sangat polis buat rondaan. Memang bagus, rasa selamat juga. Tapi kekadang aku rasa terlalu banyak sebab dalam sejam tu, kita mesti berselisih dengan polis paling kurang 2-3 kali.

Jadi itulah aku nak tahu. Banyak sangat polis meronda ni sebab Barack Obama nak datang Mersing ke?

Mersing adalah gerbang kalau nak ke Pulau Tioman. Boleh ambil bot dari Jeti Mersing.

Baiduri Express. Rasanya ni antara bot ke Pulau Tioman. Lebih kurang 90 minit perjalanan.

Tapi aku tak pergi Pulau Tioman pun. Sekadar tengok-tengok jeti yang ada pelbagai jenis bot.

Waktu aku datang, angin dari arah Laut China Selatan sangat kencang. Awan mendung berarak pantas. Dah macam musim tengkujuh aku rasa. Rasanya mungkin tak ada bot berlepas dalam cuaca macam ni.

Sekarang ni street art ada di mana-mana sejak mula popular di Georgetown. Bagi aku, tak berapa bagus trend sebegini sebab benda bila dah terlalu banyak, hilang uniknya. Apapun, street art kucing ni adalah yang paling comel di Mersing.

Antara kedai-kedai lama di Pekan Mersing.

Mersing pun ada sawah padi. Tapi tak la seluas macam jajaran Sekinchan ke Sungai Besar.

Alkisahnya, tak ada sesiapa pun berhenti nak tangkap gambar di sawah padi ni. Bila aku dan isteri turun, ah sudah tetiba banyak pula kereta lain berhenti. Abang ni minta tolong aku tangkapkan gambar dia satu famili.

Jangan lupa cari keropok lekor kalau di Mersing.

Malam-malam boleh lepak di Dataran Mahkota, Pantai Mersing. 

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/807351589371273
Barack Obama Singgah Mersing Ke? Barack Obama Singgah Mersing Ke? Reviewed by Reazal on 5:11:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.