Dari Seremban Ke Terachi

Sebenarnya misi utama aku cuma nak mengalami perasaan merentas Jalan Lama Bukit Putus sepanjang 7km yang suatu ketika dulu menjadi jalan utama menghubungkan Seremban dan Kuala Pilah. Jalan ni menurut ceritanya seram, keras dan angker macam Jalan Lama Karak.

Jadi alang-alang dah ada di Seremban, aku singgah dulu Muzium Negeri Sembilan. Di negara kita, muzium jadi tempat terakhir orang akan pergi bila dah buntu tak tahu ke mana nak dituju. Tapi bagi aku, kalau di situ ada muzium, aku mesti singgah. Sekurang-kurangnya bila keluar dari perut muzium tu, paling kurang ada satu benda baru yang kita belajar.

Macam di Muzium Negeri Sembilan, aku belajar tentang Batu Megalitik yang banyak bersepah di tepi jalan di kawasan Terachi yang aku akan lalu nanti.

Sampai awal sangat. Kena tunggu muzium buka 10 pagi. Aku rasa pakcik jaga tu pun mesti pelik kenapa ada pelawat yang pagi-pagi dah tercegat depan pintu muzium tak sabar-sabar nak masuk.

Nampak macam rumah. Tapi inilah dia Istana Ampang Tinggi yang dibina tanpa sebatang paku besi pada tahun 1870. Tapi masih kukuh sampai sekarang. Gila!

Ini pula Rumah Negeri Sembilan yang terletak bersebelahan sahaja dengan Istana Ampang Tinggi.

Di Tingkat 1 muzium.

Gejala terlebih gula dalam darah.

 Replika Batu Megalitik. Kalau dari Seremban ke Kuala Pilah, kita akan melalui Terachi yang ada banyak batu-batu macam ni di tepi jalan yang menjadi bukti penempatan masyarakat awal di kawasan ni.

Di bahagian puncak Jalan Lama Bukit Putus.

 Ada banyak kereta parkir di kawasan ni sebab ada trek untuk mendaki. Tapi sebelum mendaki kena ada permit dulu dari Pejabat Hutan Daerah.

Jalan lama ni macam ular kena palu. Dah tu sunyi pula. Kalau malam janganlah lalu jalan ni. Kalau tak kena rompak, mungkin boleh ternampak keranda terbang.

Terachi! Namanya macam tempat di Jepun.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/785918884847877
Dari Seremban Ke Terachi Dari Seremban Ke Terachi Reviewed by Reazal on 1:17:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.