Asakusa: Silap Haribulan, Tercicir Isteri

Di Asakusa ada Sensoji Temple yang merupakan tempat ibadat orang Buddha dan juga Asakusa Shrine untuk penganut Shinto yang sudah berusia ratusan tahun. Tapi lebih ramai yang datang untuk melihat senibina lama dan mencari ole-ole.

Di sini boleh rasa macam mana keadaan Tokyo zaman silam. Tempat ni kalau datang siang, padat sangat dengan manusia. Kalau ada anak kecil, kena pegang kuat-kuat takut dia tercicir. Aku pun hampir tercicir isteri di sini hoi!

Kalau datang malam, nak baring atas jalan pun boleh.

Pintu gerbang masuk utama, Kaminarimon. Dalam dan luar sama sesak.

Mengabadikan kenangan manis bersama awek mat saleh di belakang, sambil dipayungi pohon Sakura. Ini di Lorong Nakamise yang kita akan jumpa sejurus memasuki Kaminarimon.

Juga di Lorong Nakamise. Sangat susah nak tangkap gambar di sini sebab terlalu sesak.

Di penghujung Lorong Nakamise. Berpeluh ketiak nak lepas. Di sini barulah agak lapang sikit rasa.

Lorong Nakamise dibarisi oleh kedai-kedai cenderahati. Satu yang aku perasan, harga cenderahati di mana-mana tempat di Jepun ni lebih kurang sama. Beli di airport pun tak mahal mana, bahkan ada yang lagi murah berbanding kedai-kedai yang lebih kecil.

"Boleh tak saya nak beli topeng hantu ni?"

Lorong Nakamise sepanjang 250 meter. Sudah beratus-ratus tahun orang membeli-belah di sini.

Bila waktu malam, keadaan sangat lengang. Kedai semua dah tutup.

Pintu gerbang "Hozomon" yang terletak di hujung Lorong Nakamise. Kalau terus lagi, boleh jumpa Asakusa Shrine.

Pagoda 5-Tingkat (Sensoji Temple).

Jumpa lagi Asakusa!

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL: 
https://www.facebook.com/reazalx/posts/891758727597225
Asakusa: Silap Haribulan, Tercicir Isteri Asakusa: Silap Haribulan, Tercicir Isteri Reviewed by Reazal on 3:28:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.