Rojak Tokyo 2

Sambungan dari Rojak Tokyo 1. Setiap gambar ada kisahnya.

Ameyoko Street. Pasar seakan Chow Kit, cuma versi lebih bersih. Sebahagian dari pasar ni terletak di bawah jambatan landasan keretapi.

Antara yang dijual di Ameyoko Street. Agak-agak sedap tak kalau sotong kurita tu kita masak kari?

Di Harajuku. Kawasan paling meriah dengan anak muda. Kalau nak rasa betul-betul meriahnya, wajib kunjung hujung minggu.

Kalau berminat, boleh sewa kimono untuk beberapa jam, lepas tu suruh abang ni bawa jalan-jalan naik beca. Ada di sekitar Asakusa.

Gerbang Sangedatsumon, iaitu pintu masuk ke Zojoji Temple. Ramai sangat orang di sini waktu aku datang. Kalau waktu lengang, aku rasa boleh tangkap gambar dengan tenangnya sambil Zojoji Temple dan Tokyo Tower bergabung kemas.

Di hadapan pintu masuk ke Tokyo Tower. Di sebuah kawasan yang moden, ada juga terselit unsur tradisional Jepun.

Di celah-celah kemodenan elit Roppongi, ada juga tersepit sebuah rumah yang menanti rebah ke bumi.

Akihabara. Syurga untuk manusia geek dan "otaku". Nak game, anime, manga, barangan komputer dan elektronik, di sini pasti ada! Kelihatan abang sedikit keriangan di situ. Kah!

Gundam Cafe di Akihabara. Beratur juga kalau nak makan di sini. Kalau tak kenal Gundam, maksudnya tak khatam lagi sejarah manga dan anime Jepun.

Ramai orang naik basikal di Tokyo rupanya. Patutlah di sini rata-ratanya ramai yang kurus. Susah sikit nak jumpa yang ada obesiti.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/926071084165989
Rojak Tokyo 2 Rojak Tokyo 2 Reviewed by Reazal on 6:13:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.