Makam 47 Ronin

Kali ni aku pergi tempat yang sangat tak "mainstream" di kalangan pelancong.  Itulah dia Sengaku-ji, tempat di mana bersemadinya jasad 47 Ronin selama lebih 300 tahun. Kisah 47 Ronin pernah dibawa ke layar perak pada 2013 yang Keanu Reeves menjadi hero utamanya. Tapi filem ni dah banyak dirojak dengan elemen fantasi.

Ronin adalah samurai tak bertuan. Konsep kerja samurai tak sama macam ninja. Ninja berkerja tanpa ada tuan kerana ninja mengambil upah dari sesiapa sahaja. Samurai berkerja dan setia dengan seorang tuan sahaja. Bila samurai hilang tuan, mereka jadi hilang arah.

Maka saga 47 Ronin adalah kisah 47 orang samurai kematian tuan (Asano Naganori) yang dihukum seppuku (upacara bunuh diri) kerana didakwa cuba membunuh seorang pegawai kerajaan bernama Kira Yoshinaka yang dikatakan korup.

Setelah Asano mati, 47 Ronin merancang hampir 2 tahun untuk membalas dendam terhadap Kira; dan kesumat itu berjaya dilunaskan. Selepas balas dendam, 47 Ronin bersikap jantan dengan menyerah diri.

Dan akhirnya mereka dijatuhkan hukuman seppuku yang mana ini adalah kematian yang mulia bagi samurai.

Suasana agak lengang. 14 Disember setiap tahun, Sengaku-ji akan mengadakan festival memperingati kisah 47 Ronin yang menjadi syiar kesetiaan dan pengorbanan bagi masyarakat Jepun.

Cik Puan agak keletihan lepas seharian asyik berjalan. Aku suruh dia duduk-duduk je tengok kubur. Eh?

Kubur yang ada bunga dan kayu-kayu terpacak tu adalah kubur Asano Naganori, iaitu tuan kepada 47 Ronin.

Lebih ramai orang Jepun yang datang berbanding pelancong luar negara. Pakcik ni sedang memberi penghormatan kepada 47 Ronin.

Ada satu kedai cenderahati dalam Sengaku-ji. Tapi aku tak beli apa-apa pun sebab tak boleh fikir apa dah. Cuma fikir nak balik hotel dulu! Entah berapa kilometer dah aku berjalan.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/896963807076717
Makam 47 Ronin Makam 47 Ronin Reviewed by Reazal on 3:38:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. youtube - Videodl.cc
    YouTube: mp3 juice Videos from YouTube and the Movie Maker of Videos - YouTube.org. Vt. Video · Vimeo. Vt. Videos from the Videos.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.