Dari Sepang ke Haneda

Macam biasalah, aku jenis lambat pos status. Dah 3 bulan balik dari Tokyo, baru hari ni mula nak pos. Agak kurang rajin nak update "real-time" tempat yang aku pergi. Penghayatan tempat lebih penting bagi aku. Nanti bila balik, banyak masa boleh kongsi.

Sedikit poyo bunyinya di situ!

Dan macam biasa jugalah, aku tak tahu berapa lama nak tamat saga penceritaan Tokyo ini. Road trip ringkas 2 hari 1 malam Mersing-Kuala Rompin pun sebulan lebih baru khatam kisahnya.

Jadi kalau rasa lama sangat tak habis-habis pos pasal Jepun ni, ketahuilah bahawa semua itu berlaku dalam 7 hari sahaja.

Dan kalau perasan aku laki bini asyik pakai jaket sama saja, ketahuilah yang memang itu sahaja jaket sejuk yang kami ada sepanjang di sana. Ingat aku ni artis macam Rozita Che Wan ke nak bawa bagasi berbondong-bondong bila terbang ke langit?

Sampai Tokyo dalam jam 11 malam lebih. Aku pernahlah juga tidur airport zaman muda-muda dulu, tapi isteri aku tak pernah. Tempat ni mula-mula ok, cuma agak terang. Tapi sesekali agak bising bila orang lalu. Akhirnya terpaksa pindah tidur tingkat lagi atas. Oh ya, hanya boleh tidur di Terminal Antarabangsa sahaja. Domestik tak boleh.

Dari Haneda Airport ke Bandar Tokyo boleh ambil monorel. Beroperasi setiap hari seawal 5:17 pagi. Dalam 16 minit dah sampai ke Stesen Hamamatsucho.

Dalam jam 6 pagi. Stesen monorel Haneda Airport masih lagi lengang dari hiruk-pikuk manusia.

Macam yang aku cakap tadi, aku tak bawa beg berbondong-bondong. Tak check-in beg pun. 2 backpack, 2 beg kecil dan 1 beg kamera sahaja. Gambar ni bukan di Tokyo, tapi di Hakone.

Sampai sahaja di Stesen Hamamatsucho, aku beli "Tokunai Pass 1-Day Ticket". Boleh naik JR Train tanpa had di sekitar Tokyo. Sebelum tu dah beli "Tokyo Subway 3-Day Ticket" yang membolehkan kita naik keretapi bawah tanah "Tokyo Metro" dan "Toei Subway" tanpa had. Tapi akhirnya, aku lagi banyak guna subway berbanding JR Train. Jadi esoknya aku dah tak beli Tokunai Pass tu.


// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/855021961270902
Dari Sepang ke Haneda Dari Sepang ke Haneda Reviewed by Reazal on 11:36:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.