Kebasahan di Taman Negara Pulau Pinang

Beribu sesalan! Sebab dah sampai Penang, tapi tak nak jelajah Taman Negara Pulau Pinang. Ya, Pulau Pinang ada sebuah Taman Negara. Kalau ikut rating Agoda.com, ini taman negara terbaik di Malaysia dan Top 10 di benua Asia.

Tapi bila aku cakap di Penang ada taman negara, majoriti tak tahu! Sebenarnya bukan tak nak jelajah tempat ni. Sampai dah jam 5 petang. Baru 5 minit sampai, hujan dah turun. Kalau hujan tak turun pun, sebenarnya memang tak sempat buat apa sangat. Sebab paling kurang sehari suntuk diperlukan untuk meninjau kawasan.

Hanya melihat-lihat kawasan jeti. Di sini ada bot-bot yang membawa penumpang ke Pantai Kerachut. Kalau nak pergi jalan kaki pun boleh. Paling cepat 1 jam 30 minit sampai.

Orang rumah sedang bersembang dengan abang drebar bot di bawah jeti. Katanya RM80 satu bot, sekali jalan. Nak jalan kaki ke Pantai Kerachut pun boleh. Ramai orang pergi jalan kaki. Balik naik bot sebab dah pancit.

Bot Selaju Angin. Tapi aku tengok semput juga dia gerak. Heh. 

Budak-budak sekolah nak pergi berkhemah sempena cuti sekolah.

Waktu ni hujan dah turun dengan lebatnya. Lokasi di bahagian pintu masuk Taman Negara ni. 

Jalan masuk ke sini agak sibuk. Memang sesuatu yang pelik. Aku pun mulanya ragu-ragu betul ke ni jalan masuknya sebab rumah dan kedai bersepah kiri kanan. Siap ada rumah flat berdekatan pintu masuk. 

Awan mendung terperangkap di bukit yang berdekatan. 

Selamat tinggal Taman Negara Penang. Satu hari nanti aku pasti kan ke sini lagi. Harap-harap aku datang musim tak hujan!

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/768299893276443
Kebasahan di Taman Negara Pulau Pinang Kebasahan di Taman Negara Pulau Pinang Reviewed by Reazal on 9:00:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.