Redah Georgetown Dengan Kaki

Georgetown ini kita redah guna kaki sahaja. Banyak tempat boleh diterjah, banyak lorong boleh dicelah. Penat, tapi puas.

Kalau tak larat, boleh sewa basikal. Tapi aku rasa kalau aku sewa basikal, mesti menyesal sebab tak boleh rasa betul-betul keramat warisan Kota Georgetown.

Pintu yang cantik-cantik belaka. 

Kaki tak penat lagi. Bolehlah senyum.

Di hadapan kedai jam lama.

Sedang mengintai seorang pakcik gelandangan yang stylo.

Itulah dia pakcik gelandangan stylo.

Di lorong yang penuh dengan cinta.

Banyak kedai cantik, tapi tutup.

Aku lupa apa nama tempat ni.

Salah satu lukisan jalanan daripada sekian banyaknya lukisan jalanan yang ada di Georgetown.

Lebih kurang jam 6:45 petang. Ni memang dah agak pancit. Duduk mengumpul tenaga sebelum kena jalan kaki dalam 30 minit lagi ke tempat kereta diparkir.

Jumpa lagi Penang sebab aku tak naik lagi Bukit Bendera hoi! Dan tamatlah sudah entri berkaitan Penang.

// Roman Jalanan © 2016
---

POS ASAL:
https://www.facebook.com/reazalx/posts/779410092165423
Redah Georgetown Dengan Kaki Redah Georgetown Dengan Kaki Reviewed by Reazal on 10:17:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.